Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

136) PERUNTUKAN MARRIS SETIAP DUN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan PBT yang belum mengadakan mesyuarat jawatankuasa sebut harga atau lembaga tender dan tarikh PBT tersebut akan bermesyuarat terhadap peruntukan MARRIS yang berkaitan RM3 juta setiap DUN pada tahun ini

    Semakan mendapati terdapat enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang belum mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga atau Lembaga Tender setakat 31 Mei 2014 iaitu :-

     

    • Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ);
    • Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ);
    • Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ);
    • Majlis Perbandaran Kajang (MKPj);
    • Majlis Perbandaran Sepang (MPSp);
    • Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)

     

    Keenam-enam PBT tersebut dijangka mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga atau Lembaga Tender masing-masing pada tarikh berikut:-

     

     

    Bil

     

    PBT

    Tarikh Dijangka Mesyuarat Diadakan
    1 MBPJ 6 Jun 2014
    2 MPSJ 13 Ogos 2014
    3 MPAJ 6 Jun 2014
    4 MPKJ 14 Julai 2014
    5 MPSp 16 Julai 2014
    6 MDHS 26 Jun 2014

     

    Baki enam (6) PBT yang lain telah pun selesai mengadakan mesyuarat.

Lampiran

Tiada Lampiran.