Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

202) PERUNTUKAN MARRIS SETIAP DUN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan PBT yang belum mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga atau Lembaga Tender dengan tarikh dijangka bermesyuarat untuk peruntukan MARRIS yang berkaitan RM3 juta setiap DUN pada tahun ini

    Sebagai makluman, tujuh (7) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang masih belum mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dan Lembaga Tender bagi menimbangkan sebut harga dan tender bagi projek MARRIS khususnya berkaitan dengan peruntukan RM3 juta mengikut kawasan Dewan Negeri adalah seperti berikut:-

    Jadual 1 :

    Senarai PBT Yang Masih Belum Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dan Lembaga Tender

    BIL PBT
    TARIKH DIJANGKA BERMESYUARAT
    Sebutharga Tender
    1 Majlis Perbandaran Subang Jaya 16 April 2015 16 April 2015
    2 Majlis Daerah Sabak Bernam 02 April 2015 02 April 2015
    3 Majlis Perbandaran Kajang 6 April 2015 6 April 2015
    4 Majlis Daerah Hulu Selangor 15 April 2015 15 April 2015
    5 Majlis Daerah Kuala Selangor 7 April 2015 7 April 2015
    6 Majlis Perbandaran Selayang 27 Mac 2015 15 April 2015
    7 Majlis Perbandaran Sepang 8 April 2015 8 April 2015

     

    Manakala, baki lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah pun selesai melaksanakan mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dan Lembaga Tender pada tarikh-tarikh berikut:-

     

    Jadual 2:

    Senarai PBT Yang Telah Selesai Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga dan Lembaga Tender

     

    BIL PBT TARIKH MESYUARAT
    Sebutharga Tender
    1 Majlis Bandaraya Petaling Jaya 20 Mac 2015 20 Mac 2015
    2 Majlis Perbandaran Ampang Jaya 27 Feb 2015 12 Mac 2015
    3 Majlis Daerah Kuala Langat 28 Jan 2015 11 Feb 2015
    4 Majlis Perbandaran Klang 19 Mac 2015 19 Mac 2015
    5 Majlis Bandaraya Shah Alam 12 Mac 2015 12 Mac 2015

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.