Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

66) PERUNTUKAN MEMBAIKI DINDING

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan samada jika JKR tidak melaksanakan kerja pembaikian dinding antara SJK(C) Lick Hung dengan Masjid Abu Bakar di Subang Jaya pada tahun ini, samada peruntukkan yang disalurkan daripada Jabatan Pendidikan Negeri masih akan wujud untuk kerja dilaksanakan pada 2021?

    Tiada peruntukan disalurkan pada tahun 2020 daripada JPNS/ KPM. Peruntukan 2021 perlu merujuk kepada JPNS/ KPM.

Lampiran

Tiada Lampiran.