Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

88) PERUNTUKAN MEMBAIKI KEMUDAHAN SUKAN DI BAWAH PBT

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk memberikan peruntukan untuk membaiki kemudahan sukan yang berada di bawah seliaan PBT?

    Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2,240,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan di peringkat DUN. Di mana setiap Dewan Negeri akan diperuntukkan sebanyak RM40,000.00 bagi tujuan tersebut.

    Projek ini akan dikhususkan kepada Kerja-Kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf:-

    • Padang Bola Sepak atau
    • Padang Futsal atau
    • Lain-lain kemudahan

    melalui atau di bawah seliaan Pejabat Daerah dan Tanah. Walau bagaimanapun, Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan pada masa akan datang, boleh dilaksanakan untuk projek-projek menaiktaraf kemudahan jenis sukan yang lain.

    Kerajaan Negeri turut memberi perhatian kepada projek-projek pembangunan infrastuktur sukan yang kritikal dan perlu dinaiktaraf segera di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Pada tahun 2017, 2018 dan 2019 Kerajaan Negeri telah Membaikpulih dan Menaiktaraf Kemudahan Sukan di bawah seliaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah RM4,296,548.57 sebagaimana berikut :-

     

     

     

     

    TAHUN 2017

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PROJEK JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Gelanggang Serbaguna dan Dataran Anak Muda di Padang Awam Kampung Baru, Batu Caves, Selangor

     

    250,743.00

     

    2. Majlis Daerah Sabak (MDSB) Projek Menaiktaraf Litar Basikal Lasak BMX (2 Men Gate) di Taman Air Manis, Sabak Bernam

     

    37,735.85
    JUMLAH KESELURUHAN 288,478.85

     

     

     

     

    TAHUN 2018

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PROJEK JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1.  

     

    Majlis Perbandaran Klang (MPK)

     

    Projek Menaiktaraf dan Membaikpulih Infrastruktur Sukan Negeri Selangor 2017 Peringkat DUN

     

    238,677.72
    2. Kerja-kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf Padang Sultan Suleiman, Klang

     

    3,500,020.00
    JUMLAH KESELURUHAN 3,738,697.72

     

     

     

    TAHUN 2019

    BIL PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PROJEK JUMLAH PERUNTUKAN

    (RM)

    1. Pejabat Daerah/ Tanah Hulu Langat Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan Negeri Selangor bagi tahun 2018 88,516.00
    2.  

     

     

     

    Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

    Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Padang Bola Sepak Kampung Wira Damai, Batu Caves, Selangor

     

     

    120,460.00

     

     

    3. Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Padang Futsal dan Gelanggang Sepak Takraw di Kawasan Lapang di Taman Desa Jaya, Kepong, Selangor

     

    60,396.00
    JUMLAH KESELURUHAN 269,372.00

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.