Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

78) PERUNTUKAN MEMBAIKPULIH DAN MENAIKTARAF INFRASTRUKTUR SUKAN NEGERI SELANGOR 2018

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan ini telah dibelanjakan setiap daerah?

    a) dan b)

     

    Kerajaan Negeri amat prihatin terhadap keperluan Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan di Negeri Selangor bagi meningkatkan mutu sukan terutamanya di kalangan generasi muda dan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti kesukanan. Berikutan pada tahun 2018, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM11,740,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Kemudahan Sukan di Negeri Selangor yang telah dikenalpasti dan perlu dibaikpulih segera seperti Kerja-Kerja Membaikpulih dan Menaiktaraf Padang Sultan Suleiman, Klang, Membaikpulih kemudahan Dewan Gimnastik di Sekolah Yoke Kuan, Sekinchan dan Projek Menaiktaraf Stadium Shah Alam dan Malawati.

    Selain itu, sebanyak RM40,000.00 pula telah diperuntukkan kepada setiap DUN dengan jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM2,240,000.00 untuk Projek Membaikpulih dan Menaiktaraf Infrastruktur Sukan peringkat DUN yang mana projek ini akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah (PDT). Pemilihan bagi kelulusan projek ini adalah mengikut tahap projek kemudahan tersebut. Berikutan, pihak DUN boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada pihak PDT untuk kelulusan di peringkat Kerajaan Negeri.

    Untuk makluman, senarai permohonan yang telah dihantar dan kelulusan yang telah dikeluarkan adalah seperti jadual di bawah :-

    PEJABAT DAERAH/TANAH

    (PDT)

     

    DUN

    PERUNTUKAN (RM)
       
     

     

    PDT GOMBAK

    KUANG 39,940.00
    GOMBAK SETIA 44,770.16
    BATU CAVES 47,514.50
    TAMAN TEMPLER 39,622.80
    HULU KELANG 20,373.20
    JUMLAH 192,220.66
       
     

     

    PDT HULU LANGAT

    BALAKONG 39,725.62
    BANGI 50,114.42
    BUKIT

    ANTARABANGSA

     

    43,184.60

    DUSUN TUA 40,000.00
    LEMBAH JAYA 42,189.27
    SEMENYIH 39,962.00
    KAJANG 19,750.00
    CEMPAKA 41,778.63
    JUMLAH 316,704.54
       
     

    PDT KUALA SELANGOR

    IJOK 41,757.00
    JERAM 39,976.84
    MELAWATI 39,983.20
    SUNGAI BURONG 42,809.27
    PERMATANG 39,996.03
    JUMLAH 204,522.34
       
     

    PDT PETALING

    PAYA JARAS 38,768.44
    SERI MUDA 38,408.04
    KOTA ANGGERIK 38,571.92
    MERU 39,750.00
    JUMLAH 155,498.40
       
     

    PDT SEPANG

    DENGKIL 42,315.20
    SG.PELEK 42,245.60
    JUMLAH 84,560.80

     

Lampiran

Tiada Lampiran.