Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

43) PERUNTUKAN PEJABAT DAERAH

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah penyelenggaraan lorong-lorong di kampung-kampung yang tidak lagi diberikan peruntukan oleh kerajaan ?

    Kerajaan Negeri sentiasa mengambil perhatian terhadap infrastruktur yang melibatkan kawasan luar bandar. justeru, setiap tahun Kerajaan Negeri telah menyediakan sejumlah peruntukan bagi penyelenggaraan lorong-lorong di kampung-kampung dan jalan-jalan di kawasan luar bandar berdasarkan permohonan daripada Pejabat Daerah.

    Pada tahun ini, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukkan sejumlah hampir RM1 juta kepada setiap daerah bagi melaksanakan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur kecil. walau bagaimanapun, peruntukan ini adalah terhad memandangkan ia juga melibatkan penyelenggaraan infrastruktur lain seperti penyelenggaraan longkang dan jambatan serta projek-projek infrastruktur yang lebih kritikal. penyelenggaraan bagi lorong dan jalan di kawasan kampung juga hanya akan dipertimbangkan serta dilaksanakan sekiranya tanah terbabit merupakan tanah kerajaan dan bukan hak milik persendirian.

    Kerajaan Negeri akan sentiasa memantau melalui Pejabat-pejabat Daerah bagi meningkatkan infrastruktur demi kesejahteraan dan keselesaan masyarakat luar bandar.

    Ketika ini, Pusat Kebudayaan Cina di peringkat penyelesaian status tapak.  Cadangan reka bentuk, komponen projek dan cadangan tapak telah dikemukakan untuk dibawa dan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kecil mengikut cadangan asal dan telah berada di peringkat yang terakhir.

    Peringkat dan upacara pecah tanah dijangka dapat dilaksanakan pada tahun 2011 ini manakala pembangunan dan pelaksanaan projek berkenaan dijangka bermula pada tahun 2012.

Lampiran

Tiada Lampiran.