Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

97) PERUNTUKAN PEMBAIKAN PADANG PERMAINAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan bagi tahun 2013 untuk membaiki peralatan permainan kanak-kanak di padang permainan Taman Perumahan di Daerah Kuala Langat mengikut susunan 24 zon.

    Jumlah peruntukan membaiki peralatan permainan kanak-kanak di padang permainan taman  perumahan  bagi  keseluruhan  24  zon  adalah  sebanyak RM 650,000.00.

    Walau bagaimanapun, agihan peruntukan setiap zon adalah mengikut keperluan semasa seperti vandalisme dan kerosakan peralatan.

Lampiran

Tiada Lampiran.