PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS
27) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN JPS
Tahun:
Sesi:
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jenis-jenis peruntukkan (e.g. kecemasan, kawasan) serta jumlah peruntukkan JPS Selangor pada tahun 2019.
JPS Negeri Selangor menerima peruntukan pembangunan daripada 2 sumber iaitu peruntukan negeri dan juga peruntukan persekutuan. Selain itu, JPS juga menguruskan peruntukan dari Akaun Amanah Caruman Parit. Peruntukan ini merupakan kutipan sumbangan bayaran Caruman Parit yang dikenakan atas pemaju bagi tujuan kemajuan tanah berdasarkan jumlah yang ditentukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah. Kadar bayaran adalah RM10,000 per ekar. JPS juga menerima peruntukan mengurus B13 dari Kerajaan Negeri. Peruntukan ini digunakan untuk pengurusan pejabat, perolehan harta modal dan juga penyelenggaraan.
