Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

01 November 2019 hingga 13 November 2019

166) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN DESA

Tahun: 2019

Sesi: 3

Isu: Pembangunan Luar Bandar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan wang pembangunan desa yang telah dilaksanakan dari tahun 2017-2018 mengikut daerah-daerah di Negeri Selangor?

    Peruntukan Wang Pembangunan Desa melibatkan dua (2) Vot iaitu Vot 02003 – Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi dan Vot 02004 – Program Pembangunan Desa.

     

    Pada tahun 2017, sejumlah RM869,400.00 telah disalurkan kepada 9 buah daerah bagi tujuan Program Anugerah Kampung Tradisi (Kampungku Kesayanganku) dan Program Pembangunan Desa. Manakala bagi tahun 2018 pula, peruntukan berjumlah RM434,500.00 disalurkan hanya kepada 5 buah daerah terpilih.

     

    Ini menjadikan jumlah peruntukan wang pembangunan desa bagi tahun 2017-2018 adalah berjumlah RM1,303,900.00.

     

    Jumlah peruntukan yang disalurkan mengikut daerah adalah seperti Jadual 1 berikut:

     

    Jadual 1

     

    DAERAH 2017

    (RM)

    2018

    (RM)

    Petaling 96,600.00
    Gombak 96,600.00
    Klang 96,600.00 86,900.00
    Kuala Langat 96,600.00 86,900.00
    Hulu Langat 96,600.00 86,900.00
    Sepang 96,600.00
    Kuala Selangor 96,600.00 86,900.00
    Hulu Selangor 96,600.00
    Sabak Bernam 96,600.00 86,900.00
    JUMLAH RM869,400.00 RM434,500.00

    Sumber : Seksyen Sektoral

     

Lampiran

Tiada Lampiran.