Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

158) PERUNTUKAN PEMBANGUNAN INFRA AWAM

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan Kerajaan Negeri bagi pembinaan masjid atau surau pada tahun 2019?

    Peruntukan untuk pembinaan masjid dan surau bagi tahun 2019 akan diumumkan oleh YAB Menteri Besar dalam pembentangan belanjawan 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.