Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

206) PERUNTUKAN PEMBERSIHAN SUNGAI LANGAT

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan digunakan oleh Jabatan Pengurusan Saliran Selangor untuk membersih dan menyelenggara Sungai Langat sejak tahun 2008 sehingga Bulan Mei, 2013?

    Lembangan Sungai Langat adalah terletak di 3 buah daerah iaitu:

    1. Kuala Langat
    2. Hulu Langat
    3. Sepang

    Skop kerja bagi kerja-kerja penyelenggaraan adalah termasuk:

    1. Pembersihan tebing sungai dan pemotongan runput di kiri dan kanan tebing sungai.
    2. Pembuangan dan pembersihan sampah di perangkap sampah yang terdapat di sepanjang sungai.
    3. Pembaikan tebing dan ban

    Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor tidak menerima sebarang peruntukan             khas   bagi    kerja-kerja      penyelenggaraan    Sg       Langat. Walaubagaimanapun, kerja-kerja penyelenggaraan masih juga dijalankan dengan menggunakan kedua-dua peruntukan pembangunan dan mengurus sedia ada sebanyak:

    Kuala Langat           : RM 3,450,000.00 Hulu Langat   : RM 3,000,000.00 Sepang  : RM 1,200,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.