Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

102) PERUNTUKAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK PENDATANG ASING TERUTAMA ROHINGYA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah keprihatinan Kerajaan Negeri memperuntukkan dari segi pendidikan anak-anak pendatang asing terutama Rohingya?

    Pada masa ini Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai sebarang peruntukan  khas untuk pendidikan anak-anak pendatang asing, termasuklah Rohingya. Dengan peruntukkan yang sedia ada, fokus Kerajaan Negeri adalah untuk memperkasakan pendidikan di kalangan masyarakat negeri Selangor terutamanya golongan berpendapatan rendah.

    Namun begitu, Kerajaan Negeri Selangor terbuka kepada sebarang cadangan mahupun kerjasama dengan mana-mana pihak atau NGO, sekiranya terdapat program yang boleh dilaksanakan untuk memberikan pendidikan kepada mana-mana golongan yang memerlukan, termasuklah pendatang asing

Lampiran

Tiada Lampiran.