Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016

44) PERUNTUKAN PENDIDIKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA SWASTA

Tahun: 2016

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah agihan peruntukan pendidikan bagi sekolah-sekolah agama swasta diselaraskan dan berdasarkan apa?

    Proses agihan peruntukan bantuan pendidikan bagi sekolah-sekolah agama swasta akan melalui beberapa peringkat seperti berikut :

    • Peringkat pertama, permohonan oleh pihak sekolah kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) dengan menyertakan butiran permohonan dan dokumen yang lengkap serta telah disokong oleh Pejabat Dun masingmasing.
    • Peringkat kedua, semua permohonan akan dibentangkan di dalam mesyuarat penilaian bantuan sekolah yang dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan dihadiri oleh Ahli Dewan Negeri atau Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat bagi setiap kawasan Dewan Negeri. Mesyuarat ini dilaksanakan untuk mendapatkan input terperinci berkenaan permohonan yang di buat oleh sekolah-sekolah di kawasan masing-masing;
    • Peringkat ketiga, proses penilaian dan pertimbangan kelulusan agihan bantuan sekolah akan dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan bersama pegawai-pegawai lain dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
    • rekod penerimaan bantuan pada tahun-tahun sebelumnya;
    • jumlah pelajar dan guru;  keadaan kewangan sekolah; dan  keadaan infrastruktur sekolah. (iv) Peringkat akhir adalah agihan bantuan di dalam bentuk cek melalui majlis agihan atau pejabat Ahli Dewan Negeri dan Pusat Khidmat Masyarakat.

Lampiran

Tiada Lampiran.