Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

77) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN BAGI SEKOLAH RENDAH AGAMA DI BAWAH JAIS

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: hal ehwal islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peruntukan 2017 berapa peratus telah dibelanjakan dan dilaksana?

    Peruntukan sebanyak RM128.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri kepada Vot.P14: JAIS pada tahun 2017 dan sebanyak RM105,416,045.97 telah berjaya dibelanjakan daripada jumlah keseluruhan peruntukan tersebut dengan pencapaian 82.04 peratus.

Lampiran

Tiada Lampiran.