Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018

98) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN DAN PEMBANGUNAN JALAN SEDIADA KEPADA JKR SELANGOR

Tahun: 2018

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah permohonan dan kelulusan peruntukan pembangunan dan penyelenggaraan jalan sediaada yang dipohon JKR Selangor dan Klang?

    Pada tahun 2018, jumlah keseluruhan permohonan peruntukan bagi tujuan penyelenggaraan jalan oleh JKR Selangor adalah sebanyak RM210,527,160.70. Daripada jumlah tersebut, peruntukan untuk penyelenggaraan jalan bagi JKR Daerah Klang adalah seperti berikut:

    SKOP KERJA KOS (RM)
    Sebutharga Secara Jabatan 8,000,000.00
    Kontrak Jangka Panjang (Kerja-kerja Rutin) 3,777,646.43
    Kontrak Berpusat (Pembaikan jalan yang panjang) 3,562,350.00
    JUMLAH KESELURUHAN 15,339,996.43

     

Lampiran

Tiada Lampiran.