Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

18 Mac 2019 - 25 Mac 2019

72) PERUNTUKAN PENYELENGGARAAN PENCAHAYAAN JALAN

Tahun: 2019

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bagi penyelenggaraan pencahayaan jalan kampung untuk tahun 2019?

    Di bawah Vot P01/02006 – Naiktaraf/ Baikpulih Jalan Luar Bandar, skop pemasangan lampu-lampu jalan kampung turut dimasukkan di dalam skop peruntukan ini melibatkan kawasan-kawasan yang dilaporkan banyak terlibat dengan kegiatan jenayah dan juga kemalangan. Peruntukan keseluruhan sebanyak RM3 juta telah disediakan di bawah Vot ini bagi tahun 2019. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri hanya memperuntukkan untuk pemasangan lampu jalan kampung sahaja dan tidak menampung bil utiliti bagi lampu jalan berkenaan. Selain daripada peruntukan Kerajaan Negeri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga turut menyediakan peruntukan bagi Lampu Jalan Kampung yang boleh di pohon melalui Pejabat Daerah/Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.