Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

5) PERUNTUKAN PENYENGGARAAN JALAN-JALAN LUAR BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr Xavier Jayakumar A/l Arulanandam

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan dari Kerajaan Negeri untuk penyenggaraan Jalan-jalan Luar Bandar (PLB)?

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan berjumlah RM12 juta di bawah   Vot Menteri Besar dan SUK – P01/02007 – Penyelenggaraan Jalan Kampung untuk tahun 2015 khas untuk menaiktaraf jalan-jalan luar bandar di semua daerah Negeri Selangor. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu projek adalah tertakluk kepada keperluan serta kewajaran kos projek yang dicadangkan.

     

    Sehingga Julai 2015, pihak Unit Perancang Ekonomi telah meluluskan sebanyak 115 buah projek menaiktaraf jalan-jalan kampung di semua daerah negeri Selangor melibatkan peruntukan berjumlah RM8,957,507.78 dengan perincian seperti berikut:-

     

     

    Bil.

     

    Daerah

    Jalan
    Jumlah

    Permohonan Projek

    Anggaran Kos Projek (RM)
    1. Petaling 1 702,975.00
    2. Klang 11 710,710.00
    3. Gombak 8 590,250.00
    4. Kuala Selangor 18 1,459,350.30
    5. Kuala Langat 22 726,036.00
    6. Hulu Selangor 19 606,041.48
    7. Hulu Langat 45 2,108,751,00
    8. Sepang 10 815,344.00
    9. Sabak Bernam 15 1,238,050.00
    Jumlah 155 8,957,507.78

     

Lampiran

Tiada Lampiran.