PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS

115) PERUNTUKAN PERBELANJAAN MENGURUS

Tahun:

Sesi:

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Peratus Peruntukan Perbelanjaan Mengurus telah diturunkan kepada 47.8% berbanding Peruntukan Perbelanjaan Pembangunan 52.2%. Adakah penurunan % perbelanjaan tersebut memberi kesan kepada prestasi?

    Penurunan peratus peruntukan Mengurus tahun 2017 berbanding peruntukan Pembangunan tidak akan memberi kesan kepada prestasi Jabatan-jabatan dibawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

    Dalam meluluskan peruntukan Mengurus,  Kerajaan Negeri telah pun mengambil kira segala komitmen yang perlu di tampung oleh setiap Jabatan iaitu termasuk bayaran emolumen, bayaran utiliti dan perkhidmatan kontrak. Malahan jika dilihat daripada segi jumlah peruntukan Mengurus yang diluluskan bagi tahun 2015 hingga 2017,  amaun adalah meningkat seperti berikut:

     

    TAHUN

    JUMLAH

    KESELURUHAN PERUNTUKAN

     (RM)

     

    JUMLAH PERUNTUKAN MENGURUS
    RM %
    2015 2,422,500,000.00 1,288,530,000.00 53.2
    2016 2,880,000,000.00 1,440,000,000.00 50.0
    2017 3,450,000,000.00 1,650,000,000.00 47.8

Lampiran

Tiada Lampiran.