Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

235) PERUNTUKAN PERJALANAN DALAM / LUAR NEGERI WAKIL RAKYAT

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila kemukakan senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam perkara pelancongan Dalam Negeri /Luar Negeri oleh MB, setiap EXCO dan Ahli Dewan Negeri dalam tempoh 2008-2015

    Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Selangor (Saraan) bilangan 8 tahun 1980 telah menetapkan Menteri Besar dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN) layak menerima elaun dan kemudahan berikut :-

     

    KELAYAKAN AMAUN
    1. Diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas Business untuk perjalanan tidak termasuk isteri/suami masing-masing bagi mana-mana perjalanan pergi/balik di seluruh Malaysia atau wang tunai yang bernilai dengan jumlah harga tambang itu atau harga tambang kapal terbang kelas business KLIA-Kota Kinabalu,

    Sabah yang mana lebih tinggi.

    Menteri    Besar dan      AMMKN layak menerima RM6,000.00

    setahun setiap

    seorang.

    2. Diberi satu kali dalam perkhidmatan tiket penerbangan KL-London kelas 1 termasuk suami/isteri dan kelas ekonomi untuk 3 orang anak dan seorang pegawai pembantu atau bersamaan wang tunai RM200,000.00 (untuk Menteri Besar) dan RM100,000.00 (untuk AMMKN) untuk perbelanjaan penginapan, makan/minum dan lain-lain. Menteri    Besar layak menerima RM200,000.00

    sepenggal

     

    dan

     

    AMMKN                   layak menerima RM100,000.00

    sepenggal

    setiap seorang.

     

    Berikut adalah senarai perbelanjaan Kerajaan Negeri dalam perkara pelancongan Dalam Negeri / Luar Negeri oleh MB, setiap EXCO dan Ahli Dewan Negeri dalam tempoh 2008-2015:-

     

    TAHUN ELAUN KELAYAKAN

    PERJALANAN

    ELAUN CUTI KHAS
    MB AMMKN ADN MB AMMKN ADN
    2015 6,000.00 6,000.00 200,000.00 100,000.00
    2014 6,000.00 6,000.00
    2013 6,000.00 6,000.00
    2012 6,000.00 6,000.00 200,000.00 100,000.00
    2011 6,000.00 6,000.00
    2010 6,000.00 6,000.00
    2009 6,000.00 6,000.00
    2008 6,000.00 6,000.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.