Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

8) PERUNTUKAN PERSEKUTUAN UNTUK SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah terimaan kewangan oleh Kerajaan Negeri Selangor berdasarkan Perlembagaan pada tahun 2014?

    Pemberian Persekutuan yang disalurkan terus kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2014 adalah sebanyak RM727,567,495.00 dan perincian jenis pemberian berdasarkan Perlembagaan Persekutuan adalah seperti di jadual berikut:

    Bil. Jenis Pemberian Persekutuan Akta Perlembagaan Terimaan Tahun 2014 (RM)
    1. Pemberian Penyelenggaraan Jalan Raya Negeri (MARRIS) Perkara 109 (1)(b), Perlembagaan Persekutuan 523,486,773.00
    2. Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) Perkara 109(6) Perlembagaan Persekutuan 15,959,000.00
    3. Pemberian Mengikut Bilangan Orang (Capitation Grant) Akta Pemberian Bilangan Orang 2002 , Perkara 109(1)(a),

    Perlembagaan Persekutuan

    64,282,680.00
    4. Pembiayaan Perbelanjaan Mengurus Bagi Jabatan-Jabatan Di Bawah Senarai Bersama (50%) Perkara 95B(1)(a), Senarai III – Senarai Bersama 53,100,986.00
    5. Pemberian Tahunan Kepada

    Kerajaan Negeri Selangor

    Akta Wilayah

    Persekutuan 1981

    25,805,600.00
    6. Pemberian Bayaran Perkhidmatan 10% Kerana Penglibatan Kakitangan Kerajaan Negeri Dalam Melaksanakan Projek-Projek Persekutuan Perkara 80(5), Perlembagaan Persekutuan 9,441,416.00
    7. Pemberian Pertambahan Hasil Akta Pertambahan 35,491,040.00

     

        Hasil 1977 dan Akta Pemberian Pertambahan Hasil

    (Pindaan) 2007

     
    Jumlah Terimaan 727,567,495.00

    Selain itu, Kerajaan Negeri turut menerima sumbangan 50% Belanja Mengurus daripada Kerajaan Persekutuan yang disalurkan terus ke akaun Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan (PADAT) berjumlah RM1,154,000.00 dan Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS) berjumlah RM7,700,166.00.

    Kerajaan Negeri juga menerima bantuan 50% daripada Kerajaan Persekutuan bagi membayar Bil Elektrik (lampu jalan dan lampu isyarat) dan disalurkan terus kepada 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor yang berjumlah RM22,014,031.41 bagi tahun 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.