Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

47) PERUNTUKAN PORTFOLIO WANITA

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Mengikut belanjawan 2016, peruntukan sebanyak RM150 ribu untuk program sambutan berkaitan wanita dan keluarga. Sila nyatakan program apa yang dimaksudkan?

     

    a) dan b)

    Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan sebanyak RM3 juta di bawah P01-06001 Program Pemberdayaan Wanita dan Keluarga bagi melaksanakan program-program khusus buat golongan wanita dan keluarga sepanjang tahun 2016. Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga merupakan jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan program wanita dan keluarga dengan berbekalkan peruntukan tersebut.

    Oleh yang demikian, Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mengagihkan peruntukan tersebut kepada enam (6) sasaran program besar diikuti dengan 20 projek yang disasarkan akan dilaksanakan pada tahun 2016.

    Salah sat program yang disasarkan adalah program-program sambutan dengan peruntukan sebanyak RM150,000.00. Antara projek yang disenaraikan untuk dilaksanakan adalah seperti berikut :-

     

    Bil

     

    Program / Projek

    Anggaran Perbelanjaan (RM)
    1. Sambutan Hari Wanita Sedunia 90,000.00
     

    2.

    Malaysia       Women       Marathon                       sempena Sambutan Hari Wanita  

    20,000.00

     

    3. Program   Walk  For  Humanity    dan Karnival Keluarga 40,000.00
    Jumlah Anggaran Perbelanjaan (RM) 150,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.