Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

58) PERUNTUKAN PUSAT WANITA BERDAYA (PWB)

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bolehkah peruntukan RM30,000 yang diperuntukkan kepada setiap DUN dikelolakan oleh Penyelia PWB bagi memudahkan program berjalan dengan pantas?

    Kerajaan Negeri komited dan memandang serius akan usaha-usaha serta pelaksanaan program-program pemberdayaan wanita di Selangor. Maka, diwujudkan Pusat Wanita Berdaya (PWB) di setiap 56 DUN seluruh Selangor yang bertindak sebagai agen penghubung di antara Kerajaan Negeri dangan masyarakat akar umbi dalam merangka, melaksana dan seterusnya menjayakan program-program pemberdayaan wanita tersebut.

    Sejumlah RM1,680,000.00 telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri setiap tahun bagi tujuan pelaksanaan program-program pemberdayaan ini oleh kesemua PWB Selangor. Daripada jumlah tersebut, PWB di DUN mendapat agihan peruntukan sebanyak RM30,000.00 bagi setiap DUN dan telah disalurkan sepenuhnya kepada setiap PWB DUN bagi melaksanakan program-program pemberdayaan wanita berskala kecil dalam bentuk program berstruktur dan program tidak berstruktur mengikut keperluan komuniti wanita di DUN masing- masing.

    Sebagai makluman, penggunaan peruntukan sebanyak RM30,000.00 ini adalah sepenuhnya di bawah kelolaan PWB dalam merangka, merancang dan melaksanakan apa jua program-program pemberdayaan untuk manfaat komuniti wanita di DUN masing-masing. Manakala pengurusan peruntukan tersebut adalah di bawah seliaan Pejabat Daerah/Tanah dan para penyelia boleh menuntut bayaran pelaksanaan program dengan menggunakan kaedah bayaran balik ke Pejabat Daerah/Tanah masing-masing sebagaimana garis panduan yang telah dinyatakan di dalam Manual Prosedur Operasi (MPO) PWB Selangor.

    Terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Seri Serdang bagi tujuan memudahkan pelaksanaan program-program PWB di DUN agar dapat berjalan dengan lancar dan pantas. Cadangan tersebut akan saya ambil maklum dan beri perhatian dalam usaha-usaha penambahbaikan akan datang. Namun demikian,

    buat masa ini Kerajaan Negeri masih menggunapakai kaedah sedia ada bagi melaksanakan program-program PWB DUN Selangor dalam membantu memberdaya dan menyantuni golongan wanita khususnya yang membantu dalam menjana pendapatan mereka melalui modul-modul ilmu yang bermanfaat seperti kelas jahitan, masakan, kraftangan dan lain-lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.