Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

20) PERUNTUKAN PWB

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Noor Hanim Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah sistem pengurusan terhadap peruntukan PWB?

    Kerajaan Negeri mengambil berat perihal pemerkasaan wanita yang dilaksanakan di peringkat akar umbi. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri telah mempersetujui untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM30,000.00 kepada setiap Pusat Wanita Berdaya (PWB) bagi melaksanakan program-program pembangunan dan latihan kepada wanita-wanita setempat. Peruntukan ini disalurkan melalui Pejabat-Pejabat Daerah mengikut bilangan DUN di daerah masing-masing bagi tujuan memudahkan pemantauan dan penyaluran duit kepada PWB-PWB yang memohon

     

    Para penyelia PWB yang memerlukan peruntukan untuk melaksanakan pembangunan wanita perlu melalui proses permohonan peruntukan seperti berikut :

     

    • Setiap PWB boleh menggunakan diperuntukkan RM30,000.00 setahun bagi melaksanakan aktiviti/program meliputi 10 bidang fokus yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri di peringkat DUN masing-masing.

     

    • Setiap PWB hendaklah bermesyuarat untuk membincang dan seterusnya menyediakan takwim cadangan aktiviti/program untuk dilaksanakan sepanjang

     

    • Bagi setiap program yang hendak dilaksanakan, satu kertas kerja program yang lengkap hendaklah disediakan dan dikemukakan oleh penyelia PWB dan diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sekurang-kurangnya empat (4) minggu sebelum tarikh cadangan pelaksanaan bagi setiap aktiviti/program yang dirancang.

     

    • Setelah kelulusan diperolehi, sesalinan kertas kerja yang telah diminit luluskan oleh Y.B. Exco tersebut haruslah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Luar Bandar (PLB), Pejabat Daerah/Tanah yang berkaitan bagi tujuan pemakluman pelaksanaan program di daerah tersebut dan bagi tujuan pembayaran yang bersesuaian mengikut tatacara kewangan semasa yang sedang berkuatkuasa.

     

    • Penyelia hendaklah menyedia dan mengemukakan Laporan Pelaksanaan Aktiviti/Program PWB selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja selepas program diadakan kepada Unit Wanita dan Keluarga, Seksyen Sektoral, UPEN Selangor bagi tujuan pemakluman pelaksanaan aktiviti/program kepada pihak Kerajaan

     

    • Laporan tersebut hendaklah disediakan oleh Penyelia PWB DUN dan disahkan oleh Bahagian PLB, Pejabat Daerah/Tanah di daerah masing- masing sebelum dikemukakan ke Seksyen Sektoral, UPEN

     

    • Pejabat Daerah/Tanah dikehendaki untuk membuat pembayaran mengikut tatacara kewangan semasa yang berkuatkuasa hanya kepada kertas kerja pelaksanaan program yang diminit dan diluluskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor

     

    • Sekiranya kertas kerja aktiviti/program dan lain-lain dokumen berkaitan diterima tidak lengkap, Pejabat Daerah/Tanah berhak untuk menolak permohonan pembayaran

     

    • Selain daripada itu, Pejabat Daerah/Tanah turut berperanan seperti berikut :-

    1.Memantau operasi dan prestasi penyelia dan PWB bagi pihak Kerajaan Negeri;

    2.Memantau pelaksanaan aktiviti/program oleh PWB DUN di daerah masing-masing;

    3.Memberi ulasan pada Laporan Pelaksanaan Aktiviti/Program bagi tujuan pelaporan pelaksanaan aktiviti/program oleh PWB.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.