Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

352) PERUNTUKAN RIZAB TUNAI MELALUI GERAN SISTEM MAKLUMAT REKOD JALAN RAYA MALAYSIA (MARRIS)

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan MARRIS bagi tahun 2014 yang diterima oleh kerajaan negeri untuk membaikpulih dan menyelenggara prasarana bawah PBT Negeri Selangor?

    Peruntukan MARRIS bagi tahun 2014 yang diterima khusus bagi membaik pulih dan menyelenggarakan prasarana di bawah PBT Negeri Selangor adalah sebanyak RM 275,297,755.00. Jumlah ini dikira berdasarkan panjang jalan yang direkodkan dalam Sistem MARRIS Online pada 31 Disember 2013 di kesemua PBT Negeri Selangor iaitu 11,018.21 km. Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM 382,142,110.97 khusus untuk PBT Negeri Selangor sepanjang tahun 2014.

Lampiran

Tiada Lampiran.