Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

157) PERUNTUKAN SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk memajukan sektor pelancongan di DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?

    Bagi DUN Teluk Datuk dan DUN Sijangkang, tiada peruntukkan yang disalurkan oleh pihak Kerajaan Negeri bagi memajukan sektor pelancongan. Walaubagaimanapun, pihak Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukkan di dalam beberapa projek serta program pelancongan di DUN Morib. Antara projek-projek menaiktaraf dan program pelancongan di DUN Morib, yang telahpun mendapat peruntukkan daripada pihak Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

    Bil. Projek Jumlah Peruntukkan Status Pelaksanaan
    1. Membina papan tanda informasi di sekitar daerah Kuala Langat RM 97,000.00 Selesai
    2. Penyelenggaraan kemudahan awam di

    Pusat Paragliding Bukit Jugra, Banting

    RM 130,002.80 Selsesai
    3. Pemasangan lampu awam di Pantai Morib, Banting RM 81,360.00 Selesai
    4. Program Visit Kuala Langat RM 80,000.00 Selesai

Lampiran

Tiada Lampiran.