Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

78) PERUNTUKAN SEKTOR PENDIDIKAN

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peruntukan sektor pendidikan sebanyak 16 juta hanya disalurkan ke SJKT, SJKC dan SRA, tetapi SMK dan SK telah diabaikan. Apakah tindakan Kerajaan Negeri Selangor supaya semua murid dan pelajar Selangor dapat menikmati manfaat di bawah peruntukan?

    a) Kerajaan Negeri secara prinsip tidak mengabaikan bantuan kepada SMK dan SK. Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk menilai permohonan dari mana-mana pihak bagi tujuan penambahbaikan infrastruktur sekolah demi keselesaan dan keselamatan para pelajar. Sebagai contoh pada tahun 2012 Kerajaan Negeri pernah menyalurkan bantuan segera kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist (ACS) bagi tujuan bantuan binaan semua kelas yang rosak disebabkan oleh bencana alam. Bagi memastikan para pelajar mendapat manfaat dari bantuan ini, Kerajaan Negeri akan memastikan bantuan yang diberikan digunakan dengan sewajarnya oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskannya seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan Pengetua sekolah melalui sesi pemantauan berkala yang sedang dilaksanakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.