Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

187) PERUNTUKAN SEKTOR PERINDUSTRIAN

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Perindustrian

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di DUN Teluk Datuk, Sijangkang dan Morib?

    Secara dasarnya tiada peruntukan khusus yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk membangunkan sektor perindustrian di DUN Teluk datuk, Sijangkang dan Morib. Peruntukan untuk menaik taraf dan menyelenggara infra di kawasan tersebut adalah melalui peruntukan pihak Majlis Daerah Kuala Langat dan MARIS.

    Namun begitu, bagi menampung keperluan untuk membiayai kos menaik taraf infra bagi kawasan-kawasan industri di Daerah Kuala Langat, pihak Kerajaan Persekutuan melalui MIDA telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM 3,220,286.00 kepada Majlis Daerah Kuala Langat untuk menaik taraf infra kawasan-kawasan industri di sekitar daerah Kuala Langat. Peruntukan ini telah diturunkan dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-9 dan 10 iaitu dari tahun 2009 hingga 2013.

Lampiran

Tiada Lampiran.