Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

272) PERUNTUKAN SJK(C) & BAYARAN CUKAI PINTU NOMINAL

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan untuk membina SJK(C) di tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju?

    Melalui Program Bantuan Sekolah yang dilaksanakan di bawah Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Kerajaan Negeri mempunyai peruntukan sumbangan untuk membina SJK(C) di tapak persekolahan di Jalan Maju 2, Taman Lembah Maju. Oleh itu, permohonan bantuan tersebut hendaklah dikemukakan dengan mematuhi prosedur dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Kerajaan Negeri dan jabatan yang terlibat seperti Pejabat Tanah dan Galian Daerah Hulu Langat, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya serta agensi lain yang berkaitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.