Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 April 2010 hingga 14 April 2010

35) PERUNTUKAN TAHUNAN

Tahun: 2010

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan kewangan tahunan kepada SJKC, SJKT dan SAR. Berapa banyak peruntukan telah diluluskan kepada SJKC, SJKT dan SAR di kawasan DUN Sg. Pelek mengikut pecahan sekolah semenjak tahun 2008 sehingga sekarang ?

    Pelaksanaan dilakukan adalah bermula pada tahun 2009. Tiada peruntukan khas dibuat mengikut DUN-DUN tertentu. Namun penilaian permohonan sekolah-sekolah di Negeri Selangor adalah dibuat secara menyeluruh.

    Berikut adalah jumlah keseluruhan dan jumlah agihan bantuan pendidikan sekolah- sekolah mengikut jenis

     

     

     

    BIL JENIS SEKOLAH JUMLAH JUMLAH AGIHAN
    1 Sekolah Agama Rakyat 146 RM 5,425,972.00
    2 Sekolah Jenis Kebangsaan 83 RM 6,000,000.00
    3 Sekolah Jenis Kebangsaan 97 RM 3,957,726.00
    Jumlah Keseluruhan Agihan : RM 15, 383,698.00

     

     

     

    Jumlah keseluruhan sekolah yang menerima sumbangan : 326 buah sekolah Jumlah keseluruhan agihan : RM 15,383,698.00

    Peratus Agihan adalah sebanyak : 96.14% dari jumlah peruntukkan

Lampiran

Tiada Lampiran.