Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

40) PERUNTUKAN TEBATAN BANJIR DUN RAWANG

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah peruntukan untuk perancangan tebatan banjir di DUN Rawang dan skop kerja serta tempoh pelaksanaan.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor telah memperuntukkan perbelanjaan ke atas Rancangan Tebatan Banjir DUN Rawang dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Negeri seperti butiran berikut :

     

    Tajuk Projek Skop Kerja Tempoh

    Penyiapan

    Jumlah Peruntukan
    1 Projek Menaiktaraf Sungai Rawang di Kg.Dato Lee Kim Sai Missing Link Mukim

    Rawang Daerah Gombak

    Kerja-kerja menaiktaraf dan melebarkan sungai dengan memasang struktur Weld Guard di sepanjang 250m kiri dan kanan. 1 tahun

    (sehingga Nov)

    RM2.2 juta
    2 Projek Menaiktaraf Sungai Garing, Taman Garing Mukim

    Rawang

    Kerja-kerja

    menaiktaraf   dan melebarkan             sungai dengan             memasang struktur Weld Guard di sepanjang 200m kiri dan kanan.

    1 tahun

    (sehingga Nov)

    RM1.1 juta
      Jumlah Keseluruhan   RM3.3 juta

    Untuk makluman, kedua-kedua projek tersebut masih di dalam pelaksanaan dan dijangka siap dalam tahun ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.