Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

89) PERUNTUKAN TEBATAN BANJIR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bilakah plan mengatasi banjir Meru dengan budget seperti yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri di dalam Belanjawan Selangor 2020 akan dimulakan dan apakah projek mengatasi banjir Meru itu secara spesifik dan khusus?

    Bagi mengatasi banjir di Meru 3 projek telah diluluskan di dalam RMK11 iaitu:

    i. Projek RTB Sg Kapar Kecil

    Kos Projek                               : RM13.9 Juta

    Peruntukan 2020                   : RM2,182,000.00

    Status projek                           : Dalam pelaksanaan  [99% (J) / 99% (S)]

    Tarikh Mula / Tarikh Siap      : 07.02.2017 / 20.12.2020

    ii. Projek Saliran Pekan Meru

    Kos Projek                               : RM9.8Juta

    Peruntukan 2020                   : RM3,527,800.00

    Status projek                           : Dalam pelaksanaan  [93% (J) / 73% (S)]

    Tarikh Mula / Tarikh Siap      : 25.07.2017 / 22.08.2020

    iii. Projek RTB Persiaran Hamzah Alang

    Status projek                           : Projek telah siap

    Tarikh Mula / Tarikh Siap      : 213.04.2016 / 29.08.2018

    Peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri di dalam Belanjawan Selangor 2020 adalah untuk menampung keperluan bayaran 2 projek yang masih di dalam pelaksanaan. Selain itu, JPS Negeri Selangor juga telah memohon peruntukan bagi pelaksaaan Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar, Daerah Klang dan Petaling dengan kos sebanyak RMM199.32 juta.

     


    MAKLUMAT TAMBAHAN

    Jajaran dan skop kerja projek adalah seperti gambar rajah di bawah:

Lampiran

Tiada Lampiran.