Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

312) PERUNTUKAN UNTUK ADN PEMBANGKANG

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah yang telah digunakan oleh ADNS Pembangkang daripada peruntukan Kerajaan Negeri sebanyak RM 200,000 bagi setiap ADNS?

    Pada Disember 2014, Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2015 dengan bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’. Selaras dengan tema tersebut, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) di Negeri Selangor bagi tahun 2015 berjumlah RM41,600,000.00 bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra rakyat.

     

    Daripada jumlah tersebut, Kerajaan Negeri buat pertama kalinya telah meluluskan sejumlah RM2,400,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 12 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor untuk digunakan bagi tujuan yang sama. Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah pada bulan Januari 2015 dan garis panduan penggunaan peruntukan tersebut tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015. Sehingga 30 Jun 2015, peruntukan tersebut masih belum dibelanjakan oleh mana-mana ADN Bukan Kerajaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.