Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

207) PERUNTUKAN UNTUK ASPEK AGAMA DAN KEBUDAYAAN DI DUN TERATAI

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan untuk aspek agama dan kebudayaan di DUN Teratai bagi tahun 2014?

    Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan tentang keperluan peruntukkan untuk aspek agama dan kebudayaan bagi DUN Teratai. Namun begitu, sehingga setakat ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang peruntukkan khas dan secara khusus bagi DUN Teratai sama ada dalam aspek agama atau pun kebudayaan.

     

    Dalam memastikan aspek agama tidak dipinggirkan, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam telah memperuntukkan sebanyak RM220,000.00 sejak tahun 2009 dalam projek yang berkaitan dengan pembangunan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) bagi seluruh daerah Hulu Langat.

     

    Dalam aspek agama Islam pula, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan lebih kurang RM175,000.00 setahun yang disalurkan melalui Jabatan Agama Islam dan Lembaga Zakat Selangor kepada Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat mengikut perkara-perkara program masyarakat beragama Islam sebagaimana yang telah ditetapkan.

     

    Untuk makluman ahli Yang Berhormat, setiap bantuan peruntukkan yang disalurkan ke DUN atau daerah sama ada dari aspek agama, kebudayaan atau sebagainya, adalah berdasarkan kepada permohonan yang dikemukakan setelah ia diteliti oleh Jawatankuasa untuk dinilai keberkesanan program.

Lampiran

Tiada Lampiran.