Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

102) PERUNTUKAN UNTUK DUN PANDAMARAN

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. DUN Pandamaran telah menjadi besar apabila cantuman dari DUN Pandamaran dan DUN Kota Alam Shah pada 2018. Peruntukan masih sama untuk DUN Pandamaran tapi kena jaga dua DUN lama. Adakah Kerajaan akan mempertimbangkan untuk DUN yang mempunyai pengundi yang lebih untuk meringankan kerja ADUN? Misalnya peruntukan untuk pengundi yang lebih dari 45000 ditambahkan kepada RM1.2 juta dan pengundi kurang dari 45000 kekal RM800,000.00.

    Selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 41/2016 yang diadakan pada 14 Disember 2016 dan disahkan oleh MMKN ke 42/2016 pada 21 Disember 2016 telah meluluskan peruntukan Perkhidmatan Masyarakat kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri sebanyak RM1,100,000.00 dan setiap Ahli Dewan Negeri RM800,000.00.

    Sejumlah RM600,000.00 disalurkan untuk Pegawai Penyelaras yang dilantik oleh Kerajaan Negeri manakala sebanyak RM200,000.00 untuk Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan.

    Kerajaan Negeri pada masa ini masih mengekalkan jumlah peruntukan mengikut status Ahli Dewan Negeri mengikut kawasan seperti mana MMKN tersebut bagi tahun 2018 mengikut Belanjawan 2018 yang telah diluluskan oleh Dewan Negeri pada tahun 2017. Dan kaedah penentuan jumlah peruntukan mengikut jumlah pengundi sedang diteliti untuk pertimbangan Anggaran Belanja Tahun 2019.

Lampiran

Tiada Lampiran.