Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

209) PERUNTUKAN UNTUK MEMBERDAYAKAN PUSAT WANITA BERDAYA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan mempunyai peruntukan khas untuk mempastikan pusat aktiviti wanita dilengkapkan dengan operasinya untuk berjalan lancar DAN TIDAK MENGHARAP SUMBER kewangan lain (seperti program PTRS)?

    Pada ketika ini PWB sedia ada telah dibekalkan dengan peralatan dari Kerajaan Negeri dengan peruntukan sebanyak RM15,0000.00 di setiap DUN. Walau bagaimanapun, bagi PWB yang aktif, Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan tambahan sebanyak RM10,000.00 bagi pembelian pertambahan peralatan.

    Selain itu, PWB yang ada boleh membuat aktiviti tambahan dengan mendapatkan peruntukan tambahan melalui ADUN Kawasan atau Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita.

    Untuk makluman, Kerajaan Negeri ketika ini dalam proses untuk menambah baik PWB sedia ada yang mana kertas cadangan sedang disediakan bagi memastikan kelancaran PWB sehingga ke akar umbi.

    Nota Tambahan:

    Ketika ini terdapat 9 PWB yang aktif yang telah menerima peruntukan sebanyak RM25,000.00 untuk peralatan asas.

Lampiran

Tiada Lampiran.