Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

237) PERUNTUKAN UNTUK ‘MISSION SCHOOLS’

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Puan Hannah Yeoh Tseow Suan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri memberikan bantuan peruntukan kepada 'mission schools' di Selangor?

    Kerajaan Negeri tidak memberi bantuan kepada ‘mission school’ kerana ‘mission school’ tidak tersenarai di dalam senarai sekolah-sekolah yang menerima bantuan peruntukan daripada Kerajaan Negeri seperti Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Oleh itu, kerajaan negeri tidak mempunyai dana khas untuk sekolah tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.