Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

109) PERUNTUKAN UNTUK PELANCONGAN

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan keputusan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) terhadap permohonan peruntukan pembangunan yang dihantar oleh Tourism Selangor, 3 PBT dan Galeri Diraja Klang

    Sebanyak 3 projek telah disenarai pendek untuk RMKe-11 (Third Rolling Plan) dan telah melalui satu sesi perbentangan terakhir di peringkat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada 15 Mac 2017 yang lalu dan telah dibentangkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia cawangan Negeri Selangor. Senarai 3 projek tersebut adalah seperti yang berikut:

    i) Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan di Pantai Redang, Sekinchan

    ii) Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan di Pusat Konservasi Burung

    Enggang, Sabak Bernam

    iii) Menaiktaraf Kemudahan Pelancongan “Royal Klang Heritage Walk”, Klang

    3 projek yang telah disenarai pendek ini, akan melalui satu perbentangan terakhir di peringkat Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri, pada tarikh yang akan diumumkan kelak, dan keputusan dijangka akan diperolehi pada akhir tahun 2017.

Lampiran

Tiada Lampiran.