Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

59) PERUNTUKAN UNTUK PENGGANTIAN PAIP USANG BAWAH NEGERI SELANGOR

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan tabung-tabung/ peruntukan yang boleh atau pernah digunakan bagi kos penggantian paip usang di bawah Negeri Selangor.

    Senarai tabung-tabung/ peruntukan yang pernah digunakan bagi kos penggantian paip usang di bawah Negeri Selangor adalah:

    1. Geran Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM65.60 juta pada tahun 2016.
    2. Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor berjumlah RM248.7 juta pada tahun 2017.

    Selain daripada senarai pembiayaan di atas, kos penggantian paip usang selepas itu adalah menggunakan peruntukan dana dalaman Air Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.