Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

177) PERUNTUKAN UNTUK PENGHULU-PENGHULU MUKIM

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Amirudin Bin Shari

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah pihak kerajaan negeri berhasrat atau merancang memberi peruntukan khas kepada penghulu-penghulu mukim bagi merancakkan lagi program kampung-kampung

    Kerajaan Negeri sedia maklum akan kepentingan peranan penghulu-penghulu mukim dalam merancakkan serta menyelaras program kemasyarakatan di kampung-kampung. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri masih belum merancang untuk menyediakan peruntukan khas kepada penghulu-penghulu kerana Kerajaan Negeri telah menyediakan peruntukan tahunan khas kepada Ketua Komuniti India berjumlah RM10,000.00 kepada 491 buah Kampung Tradisi, Kg. Baru/ Bagan serta Ketua Komoditi India dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4,910,000.00.

    Peruntukan tahunan ini adalah bagi menampung perbelanjaan pengurusan yang melibatkan penganjuran aktiviti-aktiviti kemasyarakatan kampung dan program mesra rakyat sebagaimana yang diperuntukkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bil. 1 Tahun 2011 berkenaan Garis Panduan Peruntukan Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.