PERUNTUKAN UNTUK PENYELIDIKAN
60) PERUNTUKAN UNTUK PENYELIDIKAN
Tahun:
Sesi:
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah peruntukan untuk penyelidikan adalah RM2.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk penyelidikan?
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.8 juta untuk penyelidikan di mana ianya adalah berdasarkan kepada keperluan untuk memperkasakan dasar-dasar kerajaan negeri yang bertujuan untuk menyelaras penyediaan perancangan strategik negeri, menyelaras penyediaan pelan pembangunan negeri, menyediakan laporan ekonomi negeri, menjadi pusat geodata negeri, memantau pelaksanaan pelan pembangunan dan mengumpul serta menerbit maklumat asas
