Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

13 Julai 2020 - 16 Julai 2020

137) PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA)

Tahun: 2020

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah mekanisma Kerajaan Negeri dalam menangani segala permasalahan Sekolah Rendah Agama (SRA) di bawah naungan JAIS yang peruntukannya jauh lebih rendah dari sekolah-sekolah kebangsaan?

    Kerajaan Negeri melalui JAIS melaksanakan operasi Sekolah Rendah Agama   (SRA) dengan menggunakan peruntukan sedia ada dalam aspek berikut:

    1.1 Bangunan dan Prasarana – Bangunan sedia ada di SRA adalah peruntukan Kerajaan Negeri yang dibina berdasarkan kelulusan dalam RMK yang dirancang. Sebagai contoh sejumlah RM34,537,626.85 telah diperuntukkan bagi tahun 2016 hingga 2020.

    1.2 Sumber manusia:

    • Guru Tetap
    • Guru KAFA
    • Kakitangan sokongan di sekolah

     

    1.3 Fasiliti:

    • Bil utiliti
    • Kontrak pembersih kawasan
    • Kontrak pengawal keselamatan
    • Elaun pembersih kawasan

     

    1.4 Latihan

    • Menyediakan kursus latihan profesionalisme perguruan yang berterusan
    • Mewujudkan pusat latihan khas iaitu Pusat Latihan Pendidikan Islam di ILDAS bagi merancang latihan kepada guru-guru JAIS.
    • Kursus kepimpinan sekolah dengan kerjasama Institut Aminuddin Baki (IAB).
    • Membuka perkembangan kerjaya dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

     

    1.5 JAIS juga menerima peruntukan daripada badan berkanun dan kerajaan persekutuan secara one off, iaitu dari;

    • Lembaga Zakat Selangor untuk tujuan kerusi dan meja
    • Syarikat swasta dan GLC untuk tujuan kemudahan Pelaksanaan Pembelajaran Dan Pemudahcaraan (PDPC)
    • Kerajaan Persekutuan untuk tujuan baik pulih.

Lampiran

Tiada Lampiran.