PERUNTUKAN UNTUK SEKTOR PERTANIAN

14) PERUNTUKAN UNTUK SEKTOR PERTANIAN

Tahun:

Sesi:

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jumlah peruntukan untuk sektor pertanian sebanyak RM17.8 juta di dalam Perbelanjaan Pembangunan Negeri Selangor 2014 bagi sektor sosial. Apakah rasional kerajaan negeri hanya memperuntukkan RM17.8 juta untuk sektor pertanian?

    Untuk Program Pembangunan Pertanian di Negeri Selangor, peruntukkan yang telah ditetapkan dan 2014 dalah seperti berikut:

    Jumlah Keseluruhan Peruntukan Pembangunan Jabatan Pertanian Negeri Selangor

    Tahun Pembangunan (RM) Mengurus (RM)
    2014 10,000,000 19,963,754

     Rasional peruntukkan tersebut diagihkan adalah untuk menyokong program- program Jabatan untuk membangunkan petani di Selangor seperti berikut.:

    1. Pembangunan Taman Agroteknologi
    2. Pembangunan Tanaman Makanan (Buah, Sayur, Padi dan Kelapa)
    3. Pembangunan Tanaman Industri (Umbisi dan Nanas)
    4. Pembangunan Industri Bunga dan Tanaman Hiasan
    5. Pembangunan Industri Asas Tani
    6. Pembangunan Pusat-pusat Teknologi Pertanian
    7. Pengurusan Perosak Bersepadu
    8. Memajukan Kompleks Pertanian
    9. Pembangunan Agropelancongan
    10. Pembangunan Pertanian Bersepadu (Intergrasi Tanaman, Cendawan, Herba dan Lebah)
    11. Pembangunan Teknologi Maklumat (Laman Web dan Kaji Selidik Pertanian)
    12. Perkhidmatan Pengembangan dan Perundingan (Khidmat Nasihat, Kursus, Seminar)
    13. Program Pengurusan Tanah Bermasalah
    14. Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar
    15. Pembangunan Kemudahan Kejenteraan dan Logistik Pertanian
    16. Penyelidikan dan Perolehan Teknologi Baru Tanaman

Lampiran

Tiada Lampiran.