Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011

11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011

86) PERUNTUKKAN BANTUAN PENDIDIKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT/SJKC/SJKT BAGI TAHUN 2011

Tahun: 2011

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah peruntukan bantuan pendidikan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat / SJK(C) dan SJK(T) bagi tahun 2011.

    Jumlah Peruntukan bantuan pendidikan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat, SJK(C) dan SJK(T) bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:

    Tahun Jenis Sekolah Bilangan Sekolah Jumlah Peruntukan
    2011 Sekolah Agama Rakyat (SAR) *250 buah RM 6 JUTA
    Sekolah Jenis

    Kebangsaan (Cina)

    112 buah RM 6 JUTA
    Sekolah Jenis

    Kebangsaan (Tamil)

    97 buah RM 4 JUTA

    Nota: (*) Kerajaan Negeri masih dalam pembinaan data Sekolah Agama Rakyat (SAR) kerana Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang beroperasi di negeri Selangor  tidak berdaftar dengan agensi kerajaan sama ada Kementerian Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Oleh itu, usaha untuk mendapatkan data yang tepat berkenaan kewujudan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Selangor sedang diusahakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.