Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

3 September 2018 hingga 7 September 2018

92) PERUNTUKKAN MARRIS

Tahun: 2018

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukkan MARRIS yang telah dikumpulkan setakat ini dan berapakah peruntukkan yang telah digunakan, serta agihkan peruntukkan untuk setiap DUN?

    Sebagai makluman, kedudukan Kumpulan Wang Amanah  Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) Negeri Selangor setakat 31 Julai 2018 adalah seperti jadual berikut :

    JADUAL 1
    Perkara (RM)
    Baki pada 1 Januari 2018 135,563,042.15
    Terimaan dari Kerajaan Persekutuan (Januari hingga Julai) 305,378,790.35
    Jumlah (RM) 440,941,832.50
    (-) Agihan kepada agensi pelaksana 340,567,802.26
    Baki akhir setakat 31 Julai 2018 100,374,030.24

    Jadual 1: Kedudukan Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) Negeri Selangor setakat 31 Julai 2018

    Kerajaan Negeri telah menetapkan sejumlah RM168 juta (RM3 juta / DUN) sebagai Siling Peruntukan mengikut kawasan Dewan      Negeri melalui dua belas (12) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor. Setakat 31 Julai 2018, kira-kira 42% atau sejumlah RM 70,544,920.16 peruntukan mengikut kawasan Dewan Negeri telah diagihkan kepada PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.