Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019

29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019

153) PESARA

Tahun: 2019

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan bagi membantu bekas-bekas anggota pasukan keselamatan yang sudah bersara untuk memulakan kehidupan baru contohnya latihan, bimbingan, tunjuk ajar bantuan kewangan untuk menjadi usahawan?

    Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Program Latihan Kemahiran Pesara Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor pada tahun 2016. Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama dengan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Selangor di mana Program Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan bimbingan kepada para pesara ATM berkenaan pengurusan kewangan, kemahiran insaniah dan keusahawanan. Dengan pendedahan dan bimbingan tersebut, ia dapat memberi laluan pekerjaan atau keusahawanan kepada pesara bagi menjamin pendapatan selepas persaraan.

     

    Pada tahun 2018, sebanyak tiga puluh tujuh (37) siri program latihan ini telah dilaksanakan dengan menyediakan dua belas (12) modul khusus kepada golongan pesara veteran ATM. Modul-modul tersebut merangkumi modul khusus seperti Sajian Makanan, Pemprosesan Makanan, Bakeri & Pastri, Perniagaan Dobi, Perniagaan Spa, Perniagaan Foodtruck, Pengurusan Masjid, Kerohanian, Pertanian, Penternakan, Pengurusan Keselamatan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS). Seramai 1,792 orang pesara tentera telah mendapat manfaat daripada program latihan ini sejak tahun 2016.

     

    Namun begitu, pada tahun 2019 Kerajaan Negeri Selangor telah menyelaras semula program dan didapati program ini turut melibatkan agensi-agensi di peringkat Persekutuan. Oleh itu, program khas bagi pesara veteran ATM ini diteruskan dengan program sedia ada di peringkat Persekutuan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.