Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009

39) PESAWAH PADI

Tahun: 2009

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pesawah-pesawah padi di Tanjong Karang dan Sabak Bernam bagi mengatasi masalah kos racun padi dan baja padi yang tinggi untuk mengurangkan bebanan kepada pesawah-pesawah berkenaan?

    Antara langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk membantu pesawah padi adalah melalui program-program seperti :

    Dasar Jaminan Bekalan Makanan dimana bantuan untuk meningkatkan hasil melalui program pertaan sawah, pengapuran dan kawalan makhluk perosak yang berkesan.

    1. Harga Minimum Terjamin Padi (GMP)
    2. Insentif Peningkatan Hasil
    3. Insentif Pengeluaran Padi
    4. Bonus 10 Tan hasil padi
    5. Pengurusan Jerami Padi

Lampiran

Tiada Lampiran.