PESERTA ZAKAT
47) PESERTA ZAKAT
Tahun:
Sesi:
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah mekanisma yang digunakan untuk memastikan bahawa penerima yang layak sahaja menerima zakat dapat dikenalpasti ?
Bagi mengenal pasti penerima bantuan zakat layak untuk menerima bantuan zakat, LZS menggunakan beberapa mekanisme. Antaranya:
- Menjalankan siasatan di lapangan bagi memastikan maklumat yang diberikan adalah benar.
- Semakan maklumat dengan merujuk kepada penolong amil kariah yang dilantik oleh LZS.
- Permohonan perlu mendapat pengesahan daripada ketua masyarakat (penghulu/ketua kampung/Nazir Masjid).
- Bagi permohonan kelayakan asnaf fakir dan miskin di Selangor, pemohon akan dibanci melalui pengiraan Had Kifayah isi rumah. Had Kifayah merujuk kepada suatu garisan kecukupan bagi seseorang individu mahupun sesebuah keluarga.
