Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008

100) PESURUHJAYA BANGUNAN (COB)

Tahun: 2008

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kedudukan, fungsi dan proses membuat keputusan oleh Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah mengapung di antara lembaga perumahan dan pihak berkuasa tempatan dengan arah yang tidak tertentu dan adalah tidak diketahui siapa yang akan kawal fungsi pesuruhjaya bangunan (COB) pada akhirnya. Apakah situasi terkini dan bagaimanakah perkara-perkara dasar yang berkenaan dengan pesuruhjaya bangunan (COB) akan diputuskan? Oleh lembaga perumahan atau pihak berkuasa tempatan?

    Di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007
    [Akta 663] dan Akta Hakmilik Strata [Akta 318], COB menjadi satu entiti sebagai pihak
    berkuasa dan mempunyai tanggungjawab dalam mengawal selia kesempurnaan
    penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang dilaksanakan
    pemaju, Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (PP).
    Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Bangunan adalah pembuat keputusan dan
    pelaksana tindakan serta penguatkuasaan berdasarkan kuasa dan tanggungjawab yang
    diperuntukkan dalam kedua-dua Akta tersebut.
    Manakala LPHS bertindak sebagai pemantau ke atas pelaksanaan tugas-tugas dan
    kuasa-kuasa Pesuruhjaya Bangunan di seluruh Pihak Berkuasa Tempatan negeri
    Selangor. LPHS juga memainkan peranan sebagai penasihat dan ko-ordinator kepada
    Pesuruhjaya Bangunan dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan tugas dan kuasa
    Pesuruhjaya Bangunan di bawah Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan
    Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663] dan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318]. Di
    samping itu, LPHS memainkan peranan sebagai “mediator” di antara pembeli/pemilik
    petak dan Pesuruhjaya Bangunan apabila berlaku kekaburan mengenai tafsiran akta
    yang berkaitan untuk membolehkan Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan
    Pengurusan melaksanakan tugas dan kuasa seperti yang ditentukan dalam Akta 663
    dan Akta 318.

Lampiran

Tiada Lampiran.