Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

209) PETALING JAYA ELEVATED CITY

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS 8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?

    Pembangunan Perumahan Mampu Milik tidak dapat dipertimbangkan untuk kawasan ini berdasarkan faktor-faktor seperti kos tanah yang tinggi dan tapak cadangan terletak di dalam kawasan perindustrian, Selain itu, tapak ini juga telah dikategorikan untuk kegunaan ‘Komersial’.

    PKNS setakat ini telah membayar premium ke atas tanah tersebut berjumlah RM77,091,598.00. Manakala kos keseluruhan premium dan pampasan yang telah dibayar PKNS berjumlah RM160,091,598.00.

    Western Digital kini sedang dalam proses memusatkan operasi mereka di Malaysia dan ini dizahirkan dengan pelaburan awalan berjumlah RM50 juta dan juga pembinaan kompleks asrama pekerja mereka yang dianggarkan bernilai RM165 juta.

    Projek ini memenuhi keperluan “Workers Accomodation: Processes and Standards” yang ditetapkan International Finance Corporation dan European Bank untuk pembinaan semula dan pembangunan.

    Dengan standard antarabangsa pembinaan projek ini, ia akan menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di kawasan ini dan mencipta peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

    Kelulusan Kebenaran Merancang (KM) bersyarat diberikan kepada tapak cadangan Fasa Pembinaan Bangunan Asrama atau Pangsapuri Servis telah diterima pada 13 Mac 2013.

    Kerja membersihkan tapak telah mula dilaksanakan dan jangkaan pembinaan bermula melibatkan kerja menanam cerucuk pada bulan September 2013 dan jangkaan blok pertama projek akan siap dilaksanakan pada akhir tahun 2015 bergantung kepada penyelesaian masalah perjanjian sewabeli tanah dengan pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

    Objektif utama pembangunan ini adalah untuk memudahkan pelabur membuat reinvestment dan menjana pembangunan ekonomi (economic development) serta mencipta peluang pekerjaan. PKNS amat menyokong objektif itu dengan menbina asrama pekerja-pekerja kilang di kawasan SS8, Petaling Jaya.

Lampiran

Tiada Lampiran.