Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

79) PETALING JAYA ELEVATED CITY

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perkembangan terbaru projek pembangunan sebuah asrama pekerja yang boleh menampung sehingga 10,000 orang pekerja di Seksyen SS 8, Petaling Jaya di bawah projek Petaling Jaya Elevated City yang dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)?

    Perjanjian Jual Beli tanah antara PKNS dan MBPJ telah dimeterai pada 11 April 2014. PKNS telah membayar sejumlah RM80 juta kepada MBPJ sebagai bayaran nilai hartanah tersebut.

    Kelulusan Kebenaran Merancang untuk blok Asrama telah diperolehi pada 12 Ogos 2013 dan pelan bangunan dijangka mendapat kelulusan pada bulan September 2014.

    PKNS melalui syarikat anak, Datumcorp International Sdn. Bhd. selaku pemaju telah melantik syarikat Pintaras Jaya sebagai kontraktor untuk kerjakerja sub-struktur.

    Kontraktor dijangka akan memulakan kerja di tapak pada 02 September 2014 selepas MBPJ mengosongkan bangunan sediaada dan membersihkan tapak tersebut dari sebarang jentera atau lain-lain benda berkaitan.

    Sebanyak 2 Blok Asrama dijangka dapat disiapkan beserta ’Certificate of Completion and Compliance’ (CCC) pada 31 Disember 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.